Bestnya cuti. Heaven. Kan best kalau leh cuti tiap2 minggu camni. Pastu duit gaji masuk cam biasa. Hahah berangan jela. Kena kawen ngan millionare yang duit dia hidup sejuta tahun pun tak abis guna baru la boleh berangan cam tuh hehe. Emm well cuti ni aku habiskan dengan menguruskan masalah2 kehidupan heheh. Aku dah settlekan dengan PTPTN, bayar hutang bank dan register OUM. Settle. Buat masa ni la.
Cakap pasal PTPTN. Aku tak suka betul berurusan dengan diaorg. Poor customer service. Orang2 kerajaan ni sedar tak yang diaorg ni mempunyai reputasi yang kureng dari segi perkhidmatan. Tanye la sape2 pun, mesti akan ckp "ala gomen". Sebelum tu, kite ader hak untuk bersuara kan. So aku harap takdela aku kena tangkap plak sebb cakap camni. Ok nak sambung ketidakpuasan hati aku berurusan dengan orang2 tersebut. Ape kesalahnye pinjam pen sekejap untuk isi beberapa line sahaja. Bukan aku nak bawak lari. Lagipun aku sorang2 jek kat situ. Takde customer lain pun. Buat muka cam cipan lak. Last2 aku g kedai kat luar tu beli sendiri puas hati. Lepas isi everything i hand back the form to her. Ni situasi yang aku agak bengang la. Dia tercari2 pen dia. Well aku hulur la pen aku. Bukan aku nak bgi terus pun. The person said like this "Takpela tu pen kamu belikan." WTF tul. Ape ke masalah jiwa dia nak kuarkan penyataan cam tuh. Bengong tul. Bangang. Umur tua dari aku. Akai ada ka? Tapi aku malas la kan. Benda kecik jek walaupun dalam hati cam bengang tul ngan org yg berperangai camtuh. Tolong bersopan santun sikit boleh tak. Dah settle kat kaunter aku kena jumpa pegawai lak. Mana la aku tau camner nak pegi. Dia ckp tingkat 6. Ok obviously aku kena naik lif atau tangga la kan. Salah ke aku bertanya camner nak pegi sbb aku mane penah sampai situ and aku tatau la plak lif tu kat mana. Geram jek aku ngan cara dia menjawap. Anyway bukan seme org gov camtuh. Pegawai yang aku jumpa tu ok. Melayan dengan sopan santun. Kepada sape2 pun tak kira la gov atau swasta (termasuk diri aku sendiri)tolong la buat muka manis sket bile layan customer k. N be nice. Baru la org selesa dan tak neves. Buat baik tak salah tak.
Hmmm....sambung pasal citer bercuti...Now umah ader internet. Senang idup aku heheh...insyallah leh update blog slalu. K la nak menikmati cuti ahaks.
p/s: kepada rakan2 sekerja terutamanye omar n jihan, selamat bekerja heheh :P.
